Assalamualaikum...Ini adalah post saya yang pertama...Saya ingin memperkenalkan diri saya.Nama saya ialah Nur Hanan Maisara Binti Marzuki.Saya ingin menceritakn tentang keluarga Saya.Saya buat ni sebab kerja TMK.
Dalam keluarga saya ada 6 ahli.Yang pertama ialah abah(ayah).Nama abah saya ialah Marzuki Bin Abdullah.Abah saya berumur 43 tahun.Beliau menjadi guru di SM Ken Hwa. Beliau mengajar mata pelajaran Sejarah.Selain itu,beliau adalah ejen Takaful Ikhlas .Abah seorang yang garang tapi baik .
Yang kedua ialah umi(ibu).Nama Umi saya ialah Junaidah Shaik Abdullah.Umi saya berumur 41 tahun.Beliau juga guru tetapi mengajar di SMK Keningau 2 .Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.Umi saya sangat garang dan tegas tapi kelakar.Umi saya pandai memasak.Yg ketiga ialah abang saya.Nama abang saya ialah Muhd.Hafiz Aizat.Dia berumur 14 tahun.Dia bersekolah di SMK Keningau 2 (anak guru).Dia suka main permainan video(game).Dia sangat garang dan bikin panas. Tetapi ,dia pandai memasak.
Yg keempat ialah saya.Mungkin saya boleh kongsikan sikit pasal saya.Nama saya sudah diketahui.Saya berumur 11 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh,Keningau.Saya tbukan pemalas tetapi sikit sahaja😂.Yang kelima ialah adik lelaki saya.Nama dia ialah Ahmad Hamizan Aqil.Dia berumur 10 tahun.Beza umur kami setahun sahaja.Dia bersekolah tempat yang sama.Dia suka bermain (game).Yang terakhir ialah adik perempuan saya.Nama dia ialah Nur Husna Nadhira.Dia berumur 6 tahun.Dia bersekolah di Pasti Al-Falah.Dia sangat manja dan kuat merajuk.
Sampai sini sahaja tentang keluarga Saya.
Sekian ,terima kasih.